Thursday, August 20, 2009

.t.h.e.b.e.g.i.n.n.i.n.g.

Salam…
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memulakan blog dan webpage ni.
K-RYNSTUDIO(makeover) gabungan nama aku dan suami. Cita cita aku mungkin terlalu tinggi untuk di kongsi. Hehe, tapi dengan permulaan kerjaya baru aku sebagai freelance makeup artist ni, ada sedikit kepuasan jauh dalam sudut hati aku ni…huhu tuhan saja yg tahu…
herm… aku seorang interior designer. Sudah berkecimpung dlm bidang ni hampir 8 tahun (2002-2009). Fuh dalam tak sedar hampir sedekat dah. Minat aku terhadap bidang seni ni mmg sejak dari kecil lagi. Hehehe…aku seorang yg suka melaram masa kecik, tak kira la bersolek, berfesyen, menghias rumah …tu mmg kegemaran aku…
cerita pasal bidang makeup/solekan ni…herm…dari arwah ibu aku ada lagi, dia selalu ckp, “kalau ko minat nak jadi mak andam, ibu ada sedara yg boleh ajar, pergi je cari dia…” fuh mak andam tuh…tapi masa tu aku rasa mak andam tu terlalu besar tanggungjawabnya untuk aku terjun ke bidang tu. Banyak benda aku kena handle. Selepas pada tu, aku mmg tak pernah terpikir pun nak jadi mak andam ke, jurusolek ke, makeup artis ke…tapi minat dan bakat sikit2 tu masih ada, dan aku secara tak langsungnya, adalah jurusolek bagi ahli keluarga aku, dari arwah ibu sampai lah kakak dan adik2 aku serta sepupu sepapat aku…herm…sampai dorg dah pandailah makeup sendiri…hehehe…

Ok, berbalik mcm mana dan kenapa kerjaya baru ni yg aku pilih? Selepas berkahwin dan dah ada anak, biasalah kos perbelanjaan hidup berkeluarga ni semakin meningkat…dulu bujang lain. Aku hidup secara sederhana, tak de la susah sangat dan tak la senang. Puas aku pikir dan renung apa solution untuk aku nak tingkatkan taraf hidup, biasalah designer ni gaji besar mana lah kan. nak meniaga aku tak de modal, nak joint multi level, aku dah serik dan aku rasa aku tak rajin nak melayan kerenah multi level ni…(korang tau je la kan, cari org itu ini)…TING!!! Dlm kepala aku makeup! Yup, aku ada sedikit minat yg masih aku simpan, aku ada sedikit bakat yg harus dia asah… aku mula searching pasal kelas makeup ni…fuh boleh tahan gak kos nak belajar nih…apa lagi alat2 solek…herm…takpe…aku simpan lagi hasrat aku tu…bulan 2,3,4,5,6,7….
Bulan 8 (hampir stgh tahun jgk tuh) ada la rezeki aku sikit dan dicampur dgn duit simpanan, aku tak fikir panjang, aku cari balik contact yg aku simpan dulu…lastly aku pilih AZZALYN BRIDAL sbgi tempat dan destiny aku untuk mengasah dan menambah lagi teknik dan ilmu pasal makeup nih… and now…aku serious dlm bidang ni…dgn sokongan suami, adik beradik dan keluarga, aku bersemangat utk teruskan perjuangan nih…fuh ayat tak ingat…hahahah…

No comments:

Post a Comment